Sunday, May 1, 2011

Berhati-hati Semasa Mandi-manda di Air Terjun pada Musim Tengkujuh

Saya terbaca satu artikel keluaran surat khabar Metro hari ini tentang kematian seorang pemuda yang sedang mandi di Hutan Lipur Lata Tembakah bersama 2 orang rakannya pada hari semalam. Arwah Ahmad bin Mustafa yang cuba membantu seorang rakannya yang tenggelam semasa mandi tambahan pula rakannya tidak pandai berenang tetapi selepas kawannya sempat diselamatkan, arwah pula yang tenggelam dan tidak timbul-timbul. Rakannya tidak dapat menyelamatkannya kerana air di situ sangat dalam dan sejuk.

Waspada Penculikan Anak Anda Dan Memberi Pembekalan Dini Pada Anak

Terus berhati-hatilah dalam menjaga buah hati anda dari incaran orang-orang jahat yang siap mangambil alih anak anda untuk dimintai tebusan atau dijual kembali kepada pihak lain. Para penculik terus mengembangkan teknik penculikan mereka sehingga kita pun sebagai orang tua terus dibuat was-was.

Berikut ini adalah beberapa modus operandi tukang culik dalam menjalankan aksi penculikannya terhadap anggota keluarga kita :
1. Berpura-pura sebagai pembantu atau tamu.
2. Mengajak anak jalan-jalan dengan iming-iming.
3. Menjemput anak di sekolah pura-pura sebagai saudara.
4. Menyekap paksa anak di dalam mobil / rumah.
5. Masuk diam-diam ke dalam rumah seperti maling.
6. Dibawa orang ketika terpisah di keramaian.
7. Ditipu orang lewat telepon diarahkan ke tempat tertentu.
dan masih banyak lagi modus lainnya.

Merawat Mangsa Renjatan Elektrik


Saturday, April 30, 2011

Hujan Asid

Konsep
Air hujan yang mengandungi tahad keasidan yang tinggi (pH kurang 5) seperti air hujan yang mengandungi asid sulfirik dan asid nitrit. Pembentukannya berkait rapat dengan proses kondensasi yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar di udara seperti sulfur dioksida, nitrus dioksida, karbon dioksida dan lain-lain lagi. Bahan-bahan pencemar ini berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampu menyerap/menarik wap-wap air ke arahnya, menjadi tepu dan akhirnya turun sebagai hujan asid.

Punca-punca
1. Perindustrian
2. Kenderaan bermotor
3. Stesen janakuasa elektrik
4. Letupan gunung berapi
5. Pembakaran terbuka

Berhati-hati dengan Laman Sosial

Populariti yang diraih facebook  twitter pelbagai laman social  telah menyebabkan laman sosial semakin mendapat tumpuan dan berkembang di seluruh dunia. Saban hari ada sahaja pengguna internet akan mendaftarkan diri dalam laman sosial komuniti, untuk sama-sama terlibat dalam perkembangan teknologi maklumat ini.
Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mungkin berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada mangsa kepada penjenayah siber.

Penjenayah siber sangat suka menyerang lama sosial dan mampu untuk mencuri maklumat kata laluan mahupun memasang malware dengan memberikan pautan palsu. Apabila memasuki pautan yang diberi, mungkin ketika itu malware atau virus berbahaya akan masuk dalam komputer dan mengambil maklumat penting yang disimpan dalam kompute tersebut.

Petua Keselamatan Jalan Raya

# Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

# Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Had laju musim perayaan dikurangkan sebanyak 10 peratus.

# Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan ketika menukar lorong. Periksa cermin sisi dan pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

# Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

# Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.