Konsep
Air hujan yang mengandungi tahad keasidan yang tinggi (pH kurang 5) seperti air hujan yang mengandungi asid sulfirik dan asid nitrit. Pembentukannya berkait rapat dengan proses kondensasi yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar di udara seperti sulfur dioksida, nitrus dioksida, karbon dioksida dan lain-lain lagi. Bahan-bahan pencemar ini berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampu menyerap/menarik wap-wap air ke arahnya, menjadi tepu dan akhirnya turun sebagai hujan asid.
Punca-punca
1. Perindustrian
2. Kenderaan bermotor
3. Stesen janakuasa elektrik
4. Letupan gunung berapi
5. Pembakaran terbuka
Punca daripada kegiatan manusia
1. Kegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.
2. Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum. Aktiviti sistem pengangkutan : asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta.
3. Kegiatan pertanian : penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.
Punca semulajadi
1. Letupan gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan karbon monoksida.
2. Penguraian bahan organik : aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrit dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada hidrogen sulfida. Anaerobik beerti dalam keadaan tidak beroksigen biasanya di kawasan air bertakung seperti di kawasan tanah lembap. Dalam proses penurunan sulfat ini, bakteria mendapatkan tenaga untuk hidup. Hidrogen sulfida bergabung dengan oksigen (udara) untuk membentuk sulfur dioksida. Sulfur dioksida ini bertindak balas dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid.
3. Semburan Lautan : lautan memang kaya dengan kandungan klorida dan sulfat yang terdapat di atas permukaan atau di bawah lautan. Fitoplankton marin adalah merupakan sumber penting dalam edaran sulfur di lautan di mana ianya akan membebaskan bahan sulfur yang mudah meruap seperti dimethylsulfida (DMS). Kandungan DMS di udara akan dioksidakan kepada sulfat dan menghasilkan hujan asid. Fitoplankton membebaskan DMS untuk melindungi diri daripada kesan negatif kemasinan tinggi lautan dan kesan pembekuan. Kebakaran hutan membebaskan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida.
Kesan-kesan hujan asid
1. Merosakkan tanaman dan tumbuhan.
2. Meningkatkan keasidan tanah dan air.
3. Menganggu kesimbangan ekosistem seperti ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.
4. Melunturkan warna bangunan , mempercepatkan perkaratan.
5. Menganggu kesihatan manusia.
Langkah Pencegahan/mengatasi
1. Undang-undang - Akta Kualiti Alam sekitar 1974
- mengenakan denda, kompaun, penarikan lesen dan menyita alatan/premis yang mendatangkan pencemaran udara/pembebas gad tercemar tanpa mematuhi peraturan.
- laporan Impak Alam Sekitar (EIA) bagi setiap projek pembangunan.
2. Pengurusan strategik antaranya:
- Penggunaan petrol tanpa plumbum
- Penggunaan penapis asap/gas tercemar di cerobong asap.
- mewujudkan zon industri
- menggalakan penggunaan kenderaan awam/perkongsian kereta
- mengawal aktiviti pembakaran hutan/terbuka
- menggunakan janakuasa hidro/gas
3. Pendidikan
- kempen , forum, seminar berkaitan penjagaan alam sekitar khasnya berkaitan pencemaran udara.
- Penerapan aspek memetingkan penjagaan alam sekitar melalui subjek di sekolah/IPT. Bagaimanakah hujan asid terhasil..? Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen-komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida (NOx), hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid.
Hujan asid terdiri daripada dua jenis;
a) Hujan asid lembap (mendapan basah)
b) Hujan asid kering (mendapan kering)
Hujan Asid Lembap
Fenomena ini berlaku apabila pebakaran bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang banyak sehingga membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan-bahan ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan akan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asidnya tinggi. Hujan asid jenis ini aktif berlaku semasa hujan yang disertai dengan kilat.
Nitrogen + Oksigen → Nitrous oksida → Nitrogen dioksida (NO2) + air hujan (H2O) → Asid nitrik dan asid nitrus
Hujan Asid Kering
Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain dalam keadaan cuaca baik. Bukan itu sahaja, asid-asid tersebut melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan dan tumbuhan dan ini menyebabkan berlakunya pemendapan kering berasid. Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosfera membentuk pelbagai jenis asid (asid sulfur trioksida, asid sulfurik, asid nitrus dan asid nitrik).
Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik
No comments:
Post a Comment